Popular Posts

Friday, November 16, 2012

3 Types of Goals in Education



Thursday, 6th October 2011.

During the class, I had learnt how important philosophy of education is in achieving the goals of education. Philosophy will determine the curriculum of education and how to implement the curriculum into practical ways in order to achieve goals as well as the philosophy of education. There are three types of goals in education: instructional goal, management goal and support goal. Instructional goal means teaching and learning goal which involves teacher and students. Instructional goal is the most crucial goal in education as without it, the educational goal will never be reached. Whereas, management goal will determine how the administrator manages the goal according to his own methods. Last but not least is the support goal. The support goal will determine the service delivery such as teaching resources, teaching facilities and so forth. Goal is important for students learning because from the goal, the level of achievement can be measured specifically. Thus, the evaluation of learning is observable.

Sunday, November 11, 2012

Kanak-kanak Ribena



Dahulu semasa saya masih di bawah graduasi (baca: undergraduate), teman-teman sangat gemar menggelarkan saya sebagai kanak-kanak ribena. Tapi selepas tamat belajar dan bekerja sementara, saya akhirnya telah bertemu dengan kanak-kanak yang lebih ribena daripada saya. Eh.

Saya suka tengok gambar budak-budak ni kalau stress. Tsk tsk.. Dan tadaa… Saya ada cerita untuk dikongsikan sementelah saya tidak bekerja lagi di situ dan saya rasa selamat untuk bercerita tanpa ada rakan-rakan yang cuba untuk menskodeng tempat saya bekerja *sambil toleh kiri kanan* Hehehe…


Ini Ammar Aizat. Setiap kali saya nak ajar Iqra’, memang berhempas-pulas dengan budak ni. Semua cara saya pernah cuba – dari cara lembut sampai cara kasar. Pujuk bagai, ugut tak bagi balik rumah kalau taknak ngaji, tarik telinga, pegang kepala serta tarik kaki dan tangan untuk paksa dia ngaji. Haish. Memang saya tak dapat nak tahan rasa nak gelak besar-besaran semasa melakukan semua perbuatan di atas. Tapi dia masih buat ‘dunno’ dengan memandang ke tempat lain atau memejam mata, semata-mata sebab taknak baca Iqra’!



Ini pulak Aina Faqihah. Budak bijak yang petah bercakap. Awaslah cikgu kalau berkata-kata dalam kelas tanpa berfikir terlebih dahulu. Setiap butiran dan leteran kata-kata saya dalam kelas diikutnya dengan gaya yang garang tu. Huii, memang sebijik lah, boleh masuk pertandingan ‘tiru gaya cikgu’. Cikgu yang malu sendiri. Huhuhu…




Ini pulak Amier Suhairi. Bagus budaknya. Hormat cikgu dan mendengar kata, err tapi hanya untuk beberapa minit ja. Kalau ada ‘geng’, suka menghilangkan diri dari kelas. Berlari keluar tanpa pengetahuan cikgu, sampai cikgu kena main kejar-kejar dengan dia, kepung untuk tangkap dia masuk semula dalam kelas. Peluh hooo.. Tapi kalau takdak ‘geng’, baik dan santun. Siap tarik tangan cikgu, ajak cikgu teman main papan lungsur. Hihi..



Ini namanya Nur Atiqah. Nampak diam dan pemalu. Ke mana-mana pasti dengan botol susu. Kalau botolnya diambil, nanti siaplah cikgu dengar ‘nyanyian’nya nakkan botol balik. Kalau waktu ngaji Iqra’ pun taknak lepas botol susu. Kadang-kadang kalau mood tak baik dan tak mau mengaji, botol susu tulah yang saya jadikan umpan untuk paksa dia ngaji. Culik botol susu, nanti dia akan ikut apa yang cikgu suruh, asalkan dapat balik botol. Heh.



Ini pulak Syed Nasrin. Nampak hensem dan macho. Tapi setiap pagi akan meraung bila dihantar ke tadika. Cikgu kena cukup tenaga untuk heret ini budak masuk ke dalam pagar tadika. Kalau tengah mengajar pun, tiba-tiba boleh berlinang air mata, “nak balik” katanya. Time makan pun kena pujuk. Cara keras memang tak pandang. Jadi, cikgu kena berlembut dan cakap dengan kasih sayang baru cair. Haih.



Yang ini namanya Nurin Farhana. Manja dan mudah mesra dengan cikgu. Tapi kalau dia buat salah dan ditegur atau dimarahi cikgu, tiada kompromi dia nak buat apa-apa kerja yang cikgu suruh selepas tu. Budak bijak juga ni. Tahu apa yang dia akan jawab kat cikgu bila ditanya kenapa duduk jauh-jauh dan tak nak buat kerja yang cikgu suruh? “Tadi cikgu marah kite, sekarang cikgu nak suruh-suruh kite buat keje pulak.” Adoila… Hmm, di sini cikgu perlu menjelaskan rasional tindakan cikgu sebelum ini dalam usaha memujuk dan menyejuk hati budak comel ini. Haha.. Padan muka cikgu!

Hmm, cerita di atas belum lagi bab tiba-tiba seluar basah dan cikgu kena salin seluar baru, bab pijak-memijak kawan-kawan yang lebih lemah, bab menangis hampir setiap jam bermula pagi hingga tengah hari dan bab cikgu sebut nama polis untuk menakutkan murid. Maaf ye pakcik polis. Saya terpaksa guna nama polis, sebab anak murid saya tak pernah takut dengan cikgu. Dia hanya  takut untuk membuli kawan-kawan jika nama pakcik polis disebut. Hua...

P/s: Aku kangen bangat sama ini anak-anak. Kalaulah budak-budak ni tahu yang cikgu mereka pun suka menangis sama macam mereka.. Oh, alangkah!

Moral:
  1. Seorang guru sepatutnya menjadi contoh teladan kepada murid. If you want to teach your student about patient, you have to be patient at the first place.
  2. Guru perlu rajin menggali ilmu sebelum masuk ke kelas. A teacher need additional reading in order to deliver their lesson effectively. The content subject and the method of delivery - both are important in teaching learning process.
  3. Wahai guru, layanlah anak murid anda sebagaimana anda mahu anak anda sendiri dilayan oleh guru mereka nanti. Treat your students the way you want your children to be treated.

*Satu muhasabah diri, selepas 4 bulan bergelar guru tadika dan lebih setahun menambahkan ilmu dalam bidang pendidikan. Saya masih jahil sewaktu menjadi guru ketika itu dan sebenarnya banyak perkara yang perlu dibaiki.. :(

Friday, November 9, 2012

Oh My English!

Hi there! Eh. Assalamualaikum =)

It was a long long long time ago since I used English for my blog writing.
And I have a lot of excuses for that :p
But now, I think I really need to learn and use English to live as a student who is going to write a thesis. Oh!

Yes. Whether I like it or not, I want it or not, I have to write about one hundred page of paper or thesis or dissertation or 'nameitwhateveryoulike' as a requirement for completing my master. Oh! Why didn't I think about this before registering as a master student? Heh. It's too late now to ask that question.



Fuh. The only thing that I can do now is to face the challenge and to give my best, by hook or by crook. Yeah. I need to practice my English. Knowing without practicing will mean nothing.

As a saying goes in Arabic, "Al-'ilm bi la 'amal kasy-syajar bi lath-thamar."
Meaning that, knowledge without practice is like a tree without fruit (this is the direct translation. hehe).

Hmm, maybe I need to find ways to learn English. But how???

After all, I pray that Allah will help me to face this long and hard journey.
I really need Him along my way.. to keep me accompany along the journey, to listen to my cry, and to give His strength and support.

P/s: Do pray for me my dear friends.. May Allah bless us all =)

Thursday, November 8, 2012

Anda boleh melakukan maksiat jika…



Setiap daripada kita tidak terlepas melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Maksiat itu luas pengertiannya. Maksiat bermaksud, “Segala perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan yang salah, dosa, melawan, cuai, menentang atau derhaka kepada Allah S.W.T.. Maksiat termasuk juga maksiat mata (dengan melihat perkara yang tidak sepatutnya dan haram), maksiat telinga (mendengar perkara yang sia-sia dan dosa), maksiat anggota (melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah) dan maksiat hati (lintasan hati atau perasaan yang mendorong ke arah maksiat).

Kali ini, saya ingin kongsikan kisah dialog antara seorang wali Allah bernama Ibrahim Adham dengan seorang lelaki. Sebuah kisah yang mengajar kita bagaimana untuk menghindari perbuatan maksiat.
Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham seraya berkata, “Wahai Abu Ishaq (panggilan Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian.”

Ibrahim menjawab, Jika kamu mahu menerima lima hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”
Lelaki itu berkata, “Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq.”

Kemudian Ibrahim berkata:
“PERTAMA: Apabila kamu hendak melakukan kederhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya.”
Pemuda itu kemudian bertanya lagi, “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.”
Ibrahim menjelaskan, “Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?”
Lelaki itu berkata, “Sekarang tolong beritahukan yang (hal) kedua.”

Lalu Ibrahim pun berkata:
KEDUA: Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.”
Ujar lelaki itu, “Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?”
Ibrahim berkata, “Begini, wajarkan engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakai-Nya?”
Lantas melaki itu menjawab, “Tidak, sekarang tolong sebutkan yang ketiga!

Ibrahim berkata lagi:
KETIGA: Jika kamu hendak melakukan esuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cubalah cari suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.”
Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata, “Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?”
Ibrahim meneruskan hujahnya, “Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?”
Pemuda itu segera menjawab, “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!

Ibrahim berkata:
KEEMPAT: Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cubalah minta kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.”
Jawab lelaki itu, “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”
Tanya Ibrahim, “Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?”
Lelaki itu seterusnya berkata, “Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima.”

Ibrahim berkata:
KELIMA: Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.”
Jawab lelaki itu, “Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan.”
Ibrahim bertanya lagi, “Jika demikian, bagaimana mugkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?”
Kata lelaki itu, “Whai Ibrahim! Cukup… cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

Selepas peristiwa itu, lelaki itu tekun beribadat hingga ke akhir hayatnya.



P/s: Semoga kisah ini dapat dijadikan tips dan peringatan buat diri kita agar dapat menghindari daripada melakukan maksiat kepada Allah S.W.T..

Monday, September 17, 2012

Mahalnya Kehidupan


Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan kesempatan yang diberikan-Nya untuk menikmati kehidupan ini. Alhamdulillah, kerana dengan rahmat dan kasih sayang Allah telah menyembuhkan saya daripada sakit yang datang bersilih-ganti. Terima kasih Allah, kerana dengan sakit yang diberikan, saya belajar untuk lebih menghargai nikmat kesihatan dan nikmat-nikmat lain yang tidak habis jika dihitung. Pahit atau manisnya kehidupan, hadapilah dengan sabar dan redha, kerana semuanya hanya sementara dan akan lenyap pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Allah.

Kata sahabat saya, ada 3 perkara yang Allah sukai jika hamba-Nya melakukan:
  • Syukur
  • Redha
  • Solat malam (qiyamullail)


Setiap orang punya kebahagiaannya sendiri dan kebahagiaan itu letaknya di hati. Kebahagiaan bukan ditentukan oleh harta kekayaan, bukan juga ditentukan oleh pangkat atau darjat seseorang, tetapi ia terletak pada suatu tempat yang tidak mungkin dapat dirampas oleh orang lain. Kebahagiaan seorang mukmin terletak pada iman di hatinya.

Menurut Dr. ‘Aidh al-Qarni, ada banyak perkara selain harta yang membuat kehidupan manusia menjadi bahagia iaitu hidup cukup dalam batas kewajaran. Antaranya ialah:
  1. Berhubungan dengan Allah, percaya kepada-Nya dan merasa tenang dengan pemeliharaan dan keredhaan Allah.
  2. Kesihatan, ketenangan, kerelaan, keberkatan, ketenteraman rumahtangga, kecintaan hati dan lain-lain.
  3. Kegembiraan dan kesenangan kerana beramal soleh, pengaruhnya dan bekas-bekasnya dalam kehidupan dan di dalam hati.


 Bersama Kak Amirah ketika melawat pesakit mental di sebuah hospital di Kuantan. 


P/s: Saya belajar untuk lebih menghargai kehidupan. Mahalnya kehidupan dunia, kerana ia mampu membeli kehidupan di akhirat yang lebih kekal abadi. Perlu memanfaatkannya sebaik yang mungkin, insyaAllah.
   

Saturday, September 15, 2012

Amalan yang Disukai Allah


Abdullah bin Mas’ud berkata:

“Aku bertanya kepada Nabi Muhammad perbuatan manakah yang Allah sukai. Nabi menjawab, ‘Solatlah tepat pada waktunya’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi ya rasul?’ Nabi menjawab, ‘Berbaktilah kepada kedua orang tuamu’. Aku terus bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Berjuanglah demi menegakkan agama Allah’.”
(Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 4, 2012

Sahabat yang Baik


Sahabat sejati sangat sukar dicari. Sahabat sejati ibarat cermin yang menggambarkan diri seseorang individu. Jika baik akhlak sahabatnya, maka baiklah akhlak dirinya. Manakala, jika buruk akhlak sahabatnya, maka buruklah akhlak dirinya. Mencari sahabat sejati bukanlah perkara yang mudah. Kita dinilai berdasarkan siapa sahabat kita. Ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi. Jika sahabat kita ialah penjual minyak wangi, sekurang-kurangnya kita akan terkena tempias wangiannya. Jika kita bersahabat dengan tukang besi, maka kita juga akan terkena tempias bau besi atau baju kita terbakar kerananya. Maka, pemilihan sahabat yang baik itu sangat penting.

Tiga ciri sahabat yang baik ialah:
  • Apabila memandangnya, hati menjadi tenang dan kita ingat pada Allah S.W.T.
  • Apabila kita bermusafir dengannya, dia mengingatkan kita tentang waktu solat.
  • Dia sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan.


Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....