
You are the author of your own book of deeds.. Make sure it's worth a read on the day of judgement.
Popular Posts
-
In our life, we often use fractions to represent parts of a whole. Do you realize that? Okay, let’s look at examples of fractions that we us...
-
The Qur’an is Allah’s word which was revealed to His Last Prophet Muhammad (peace be upon him) to be conveyed and communicated to all humank...
-
The story of Hayy Ibn Yaqzan takes place on an island uninhabited by human beings. There Hayy is found alone as an infant. Philos...
Thursday, December 23, 2010
Utamakan Yang Utama

Tuesday, December 21, 2010
Anak Kecil
Anak kecil itu tersungkur lagi
Kali ini dia tidak menangis
Tetapi dia berhenti menapak
Dia kelihatan gelisah amat
Bimbang untuk menapak lagi
Enggan jatuh lagi untuk kesekian kali
Bangunlah wahai anak kecil
Usah kau ragu untuk terus menapak
Hanya kerana acap kali kau jatuh
Jatuhmu bukan bererti kau tewas
Namun kau perlu melaluinya
Buat pengalaman dan pedoman
Bagi mendidik jiwamu itu.
Sunday, December 19, 2010
Uji Kuasa Minda
Mata ke Hati. Kali pertama menonton rancangan tersebut, saya terus tertarik untuk mengikutinya hingga ke hujung siaran. Program tersebut diacarakan oleh Prof. Dr. Muhaya menerusi channel Astro Oasis (kalau tak silap). Tajuk yang saya tonton pada hari tersebut ialah kuasa minda. Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa minda? Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang berada dalam diri setiap manusia. Ia memang tersedia sejak kita dilahirkan.
Dalam rancangan tersebut, penonton telah disajikan dengan 2 demonstrasi untuk menguji kuasa minda seseorang. Jom kita tengok!
- Seorang pelajar ditanya tentang cita-citanya dan dia menjawab bahawa dia ingin menjadi seorang saintis suatu hari nanti. Pelajar tersebut kemudian diminta untuk membayangkan bahawa pada 20 tahun akan datang, dia BERJAYA mencipta kereta terbang. Dia dikehendaki untuk menutup mata, sementara sebelah tangan kanannya didepakan dan diarahkan untuk melawan tekanan yang dikenakan ke atas tangannya itu. Selepas beberapa ketika diuji dengan tekanan, pelajar tersebut berjaya melawan tekanan yang dikenakan ke atas tangannya. Kemudian, pelajar tadi diminta untuk membayangkan reaksi NEGATIF dan senyuman sinis rakan-rakannya tentang cita-citanya untuk menghasilkan kereta terbang. Setelah itu, dia sekali lagi diuji dengan tekanan yang sama. Apa yang menakjubkan saya, tangan yang mampu melawan tekanan tadi gagal dan akhirnya tertolak ke bawah apabila tekanan yang sama dikenakan.
- Seorang pelajar perempuan diminta untuk menudingkan jari telunjuknya ke depan dan diarahkan untuk memusingkan badannya setakat yang termampu olehnya. Tempat terakhir tangan pelajar itu menuding ditanda. Pelajar itu kemudian diminta untuk memejamkan mata dan membayangkan bahawa dia dapat menuding jarinya sejauh yang mungkin. Kemudian dia diarahkan untuk mengulang kembali arahan awal tadi. Hasilnya, pelajar tersebut berjaya memusingkan tangannya lebih jauh pada kali kedua setelah membayangkan bahawa dia mampu melakukannya.
Jadi, apa kesimpulan daripada kedua-dua ujian kuasa minda tadi?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika positif dan baik-baik sahaja fikiran kita, maka hasil yang akan kita peroleh juga positif. Jika negatif fikiran kita, maka perkara sebaliknya akan terjadi.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:
"Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada-Ku, maka berprasangkalah ia kepada-Ku sesukanya."
Justeru, kita disarankan untuk berprasangka baik kerana kebarangkalian sangkaan kita (baik atau buruk) untuk menjadi kenyataan adalah sangat tinggi. Bukankah Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya?
Anda fikir, anda pilih!
Thursday, December 16, 2010
Butterfly
A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.
So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.
The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.
The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.
Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.
What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were God's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.
Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If God allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.
We would not be as strong as what we could have been. We could never fly!
I asked for Strength.........
And God gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom.........
And God gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity.........
And God gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage.........
And God gave me Danger to overcome.
I asked for Love.........
And God gave me Troubled people to help.
I asked for Favors.........
And God gave me Opportunities.
I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!
Friday, December 10, 2010
Innovative Approach and Effective Teacher

What is innovative approach? According to Wikipedia, innovative is defined as the act of introducing something new or the process of making improvements by introducing something new, whereas approach in Kamus Dewan (1998) means method that is taken to start or to accomplish a duty such as to overcome problem. On the other hand, innovative approach means to change strategies, techniques, materials when better ones are found or when existing ones no longer provide a substantive learning experience for his/her students. It also has been defined as values and uses students' ideas about how to enhance their own learning. In other words, I can say that innovative approach is improved methods of teaching used by teachers in order to provide an effective teaching and learning process in the classroom.
As all we know, an effective teaching and learning process involves two way communications – teacher and students. However, a teacher will play vital role in a classroom. He/she will determine the effectiveness and success of a teaching and learning process in the class. So, who is the teacher? A teacher is an individual who teach or educate people. In formal educational context, a teacher is known as an individual who teach in formal way at school, college or university level.
There are some characteristics of effective teacher:
- Learner - role as "teacher-student"
- Leader who can inspire and influence students
- Provocateur who probes, prods, asks incessant why questions etc.
- Comedian/entertainer- uses humor in the service.
- Coach or guide students to improve on their skills.
- Genuine human being or humanist who is able to laugh at herself and the absurdity in the world
- Sentinel who provides an environment of intellectual safety.
- Optimist or idealist who believes that without an ideal or mission, there will be no approximation.
- One with others, collaborator who places a high value on collegiality.
- Revolutionary - with the exception of parenthood, most vital one on earth in the preservation of the sanctity of life.
What else do we need to know to be effective teacher?
Moving on is teacher-student interactions. Interaction means communication, relations. Teacher-student interaction means the way the teachers react to students and vice versa. There is some factors influence the teacher-student interaction which are gender, academic composition, and teacher’s communication style.
Factors of reducing the amount of interaction in the class are as follows:
- Repeated questions,
- Low language proficiency, and
- Limiting the class to the textbook
Nevertheless, factors enhancing the amount of interaction are:
- Interesting topics,
- Teacher's attention and humor.
- Creative.
- Unbiased in approaching students.
- Enjoy being a teacher.
- Motivate students.
- Students centered approach.
How students must learn?
- Learning in group.
- Individual.
- Explores.
- Learning through exercises.
- Learning from notes given.
All in all, teachers should change their mentality from exam oriented teaching style to comprehend teaching. Indeed, teachers must feel free to be creative with the support from school. All the best!
Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah!
Salam Maal Hijrah 1432! Saya rasa tidak terlalu lambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru Islam. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di atas bumi-Nya dan mencecah ke tahun baru ini.
Apakah erti hijrah sebenarnya? Dipetik daripada akhbar Berita Harian, hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya. Bagaimanapun, dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.
Sempena tahun baru, saya pasti setiap daripada kita tentu mempunyai azam baru. Tapi, cuba kita semak kembali azam kita pada tahun lepas. Sudahkah kita berjaya tunaikan kesemuanya? Jika ada yang masih tertinggal, cuba masukkan semula azam tersebut untuk tahun ini dan berusahalah untuk mencapainya. Jangan berputus asa. Teruskan dengan usaha dan doa kerana selagi kita masih diberi nafas oleh Allah, selagi itulah peluang itu masih ada.
Setiap orang boleh berubah. Maal Hijrah dapat dijadikan titik tolak untuk perubahan positif kita. Jahat hari ini tidak semestinya jahat selamanya. Dan baik hari ini pun belum tentu akan baik sampai ke mati. Kita tidak tahu apa nasib kita pada masa depan. Sebab itu, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah agar terus diberi petunjuk dan bimbingan oleh-Nya. Kita perlu sentiasa bermuhasabah dan diperingatkan selalu, kerana fitrah manusia itu sendiri mudah lupa. Manusia; berasal daripada perkataan nasiya yang bermaksud lupa.
Apa azam baru saya pada tahun ini? Hehe, biarlah rahsia.. Apapun, saya mengharapkan yang terbaik daripada-Nya. Ameen...
Saturday, December 4, 2010
Senyum

----------------------------------------------------------
Senyum sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Senyum diibaratkan sebagai jambatan untuk menyambung silaturrahim kerana senyuman itu lambang cinta dan kasih sayang, lahir daripada hati seseorang. Selain itu, senyum juga ialah lambang kekuatan dan tanda keredhaan seseorang dalam menempuh kehidupannya.
Rasulullah s.a.w sentiasa menggalakkan seseorang Muslim menemui saudaranya dengan wajah yang ceria. Baginda bersabda, “Janganlah engkau sekali-kali meremehkan suatu kebaikan, walaupun itu hanya sekadar untuk menemui saudaramu dengan wajah ceria” (HR. Muslim).
Senyuman merupakan kunci untuk segala kebaikan dan penutup bagi segala kejahatan. Kita tidak memerlukan wang walaupun sesen untuk sebuah senyuman. Bahkan, sekuntum senyuman yang hadir apabila bertemu saudara Muslim dikira sebagai sedekah.
Rasulullah saw. bersabda, “Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah” (HR. Tirmidzi).
Pengkaji dan pengamal barat percaya bahawa memulakan hari dengan senyuman berupaya untuk menceriakan seseorang dan memberi kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi serta menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. Dikatakan bahawa apabila seseorang tersenyum, hanya 17 otot muka digunakan manakala 43 otot muka digunakan apabila mengerutkan dahi.
Maka, senyumlah! Anda akan melihat seisi dunia akan ikut tersenyum kepada anda… =)
Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk dapat tersenyum, tapi tersenyumlah agar anda berbahagia (Dr. 'Aidh Al-Qarni).
Matematik dan Al-Quran
Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life ....


