Popular Posts

Sunday, September 26, 2010

Aktifkan Dirimu!




Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Jadi, apa perlunya kita berdoa?

Berdoa sebenarnya merupakan tugas pengabdian. Dengan berdoa, kita mengakui kelemahan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di hadapan Allah S.W.T.
Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Ghafir 40: 60)

Justeru, orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Jadi, selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya.

Doa merupakan cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Doa bermula daripada tidur, masuk tandas, keluar tandas, memakai pakaian, sebelum makan, selepas makan, keluar rumah, menaiki kenderaan, belajar, bersin, menguap sehinggalah tidur semula. Semua itu ada doanya yang khusus.
Mengapa doa penting?

1. Mengekalkan hubungan dengan Allah setiap masa.

Manusia memerlukan Allah melebihi segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan kehilangan ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segala-galanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (al-Ra’d 13: 28)

Orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.

2. Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan.

Manusia perlu sentiasa berubah daripada kurang baik kepada lebih baik. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya.” (al-Syura 42: 26)

Doa itu harapan dan kunci untuk menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Manakala usaha ialah langkah untuk merealisasikan impian itu.

3. Didampingi oleh malaikat dan menghalau syaitan.

Doa membuatkan malaikat akan sentiasa mendampingi dan memberi input yang baik-baik ke dalam hati kita. Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu, berdoalah. InsyaAllah malaikat akan hampir dan syaitan pula akan meminggir!

4. Membentangkan masalah dengan jelas dan tuntas.

Doa ialah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah. Doa menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samarmenjadi jelas dan terang. Ibarat seperti menulis masalah kita di atas kertas. Dengan berdoa, kita seolah-olah ‘berkata-kata’ dengan Allah.
Justeru, semasa kita memohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita ke hadapan-Nya. Ini akan memberikan kelegaan, malah masalah itu sudah menjadi separuh selesai!

5. Melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan

Firman Allah yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk.” (al-Baqarah 2: 186)
Berdoa memberikan kita rasa ‘tidak bersendirian’ dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup. Kata Profesor Dr. Hamka, “Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!”

6. Mengaktifkan diri untuk berusaha

Doa ialah langkah pertama dan utama ke arah suatu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa untuk bertindak. Ada saintis yang menyatakan bahawa doa adalah sejenis tenaga yang terhasil dari dalam diri seseorang hasil berhubung dengan Yang Maha Kuasa. Inilah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. Kita bukan sahaja mendapat kekuatan daripada Allah, malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabii.

7. Menghindar daripada penyakit fizikal.

William James, pakar perubatan dan psikologi berkata tentang risau: “Tuhan boleh mengampuni segala dosa kita, tetapi sistem urat saraf kita tidak.” Penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, malah lumpuh juga boleh disebabkan oleh kerisauan, ketakutan dan lain-lain penyakit hati (mazmumah).
Doa mampu menyihatkan fizikal kita. Dengan berdoa kita boleh mengubat hati dan fikiran daripada serangan sifat-sifat mazmumah yang juga menjadi punca kepada penyakit fizikal.

Justeru, aktifkan dirimu dengan doa!

Sumber: Solusi 22.

Friday, September 24, 2010

Empat Hal




Empat hal yang merosak tubuh:
1. Cemas
2. Sedih yang berpanjangan
3. Lapar
4. Kurang tidur malam

Empat hal yang memberikan kesenangan dalam hati:
1. Melihat yang hijau-hijau
2. Melihat air yang mengalir
3. Melihat kekasih
4. Melihat buah-buahan

Empat hal yang bisa membuat pandangan mata menjadi gelap:
1. Berjalan tanpa alas
2. Bersedih di pagi buta dan petang hari menjelang tidur
3. Terlalu sering menangis
4. Terlalu banyak membaca tulisan-tulisan yang sangat kecil

Empat hal yang membuat badan menjadi kuat:
1. Mengenakan pakaian yang lembut
2. Mandi dengan air hangat
3. Makan makanan yang manis dan berlemak
4. Mencium wangian

Empat hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah:
1. Berbohong
2. Tak tahu malu
3. Terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
4. Banyak melakukan maksiat

Empat hal yang membuat wajah semakin segar:
1. Menjaga harga diri
2. Menepati janji
3. Dermawan
4. Takwa

Empat hal yang mendatangkan kemarahan dan kebencian:
1. Takabur
2. Dengki
3. Bohong
4. Suka mengadu

Empat hal yang bisa mendatangkan rezeki:
1. Bangun malam untuk solat
2. Banyak beristighfar menjelang fajar
3. Membiasakan memberi
4. Membiasakan diri berzikir di petang hari

Empat hal yang mencegah datangnya rezeki:
1. Tidur di pagi hari
2. Jarang solat
3. Malas
4. Suka berkhianat

Empat hal yang akan membahayakan pemahaman dan kemampuan otak:
1. Katagihan makanan yang masam dan buah-buahan
2. Tidur terlentang
3. Resah
4. Gundah

Empat hal yang akan menambah daya pemahaman:
1. Hati yang bersih
2. Tidak menjejalkan makanan dan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan
3. Mengatur menu makanan yang baik
4. Membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan.

Source: La Tahzan (Dr. ‘Aidh al-Qarni).

Monday, September 20, 2010

Pengurusan Stress



~Perkongsian daripada Seminar Pengurusan Stress yang telah penulis hadiri.
Stress merupakan suatu perkara yang biasa di kalangan setiap individu. Stress boleh dibahagikan kepada dua kategori: eustress dan distress, dan tentunya kedua-dua kategori ini adalah berbeza. Mari kita lihat apakah perbezaan antara kedua-dua kategori ini.

Eustress: Tekanan dijadikan tenaga; Positif; Pendorong.

Distress: Tekanan dijadikan bebanan; Negatif; Penghalang.

Stress sebenarnya adalah bagus untuk seseorang. Ia membantu serta mendorong seseorang untuk bertambah semangat dan lebih pantas melakukan kerja. Namun, stress yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada manusia. Seperti juga makanan yang apabila diambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan seseorang, begitu juga dengan stress. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada menghadapi stress yang berlebihan.

Jadi, bagaimana untuk mengatasinya? Ikuti Tips 10B di bawah ini. Selamat mencuba! =)

1. Bertenang
2. Bernafas dengan dalam.
3. Berkata: relaks/tidak mengapa.
4. Beribadat.
5. Bercakap dengan seseorang.
6. Berurut.
7. Berehat dan mendengar muzik.
8. Beriadah.
9. Bersukan.
10. Berfikiran positif.

Sunday, July 25, 2010

Teman



Teman,
Diri ini hanyalah insan biasa,
Yang tidak lekang melakukan kesilapan,
Yang tidak jemu mengulangi kekhilafan.

Andai diri ini terlanjur bicara, maafkanlah,
Andai diri ini terkasar bahasa, betulkanlah,
Andai diri ini leka terlena, kejutkanlah,
Andai diri ini naïf tidak mengetahui, ajarkanlah.

Barangkali diri ini tidak layak untuk dikenangi,
Namun, jika ingatanmu singgah padaku,
Ku pohon agar dititipkan doa buat diriku,
Doa setulus ingatanmu terhadapku.

Teman,
Biarlah pertemuan dan perpisahan ini kerana-Nya,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana cinta-Nya ,
Demi mendamba keredhaan-Nya…

“Dan, dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.” (Hadis)

Wednesday, July 21, 2010

tO mY FriEnDs...




To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”

To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.

To My Friends Who Are…NAIVE
H ow to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.

To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
hidden where it truly does. Love is
magic. The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.

To My Friends Who
Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.

To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are…AFRAID TO
CONFESS
Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.

To My Friends Who Are…STILL HOLDING
ON
A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.

To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!

Three things never return:
the past, the neglected opportunity,
and the spoken word

~Author Unknown~

Thursday, July 8, 2010

Warna vs Sakit




Mengikut kajian, warna mampu menghindarkan beberapa masalah dan penyakit. Benarkah?

Merah
Menghilangkan sakit kepala..
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat menghilangkan sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letakkan tuala merah lembab di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah.

Merah jambu
Elakkan insomnia..
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, amalkan petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai, selesa dan romantik.

Hijau
Lenyapkan keletihan..
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa warna ini mempunyai kesan positif dalam imunisasi badan selain dapat menggalakkan suasana harmoni dalam badan.

Biru
Mengurangkan stress..
Anda rasa tertekan??? Cuba fokuskan mata anda kepada objek berwarna biru. Ia mampu mengurangkan tekanan darah dan mencetuskan suasana kedamaian.

Jingga
Ceriakan mood anda..
Apabila anda mengalami kemurungan, warna ini dikatakan mampu untuk mengembalikan tenaga anda. Cubalah sesuatu yang berwarna jingga dan anda akan rasai kelainannya.

Wednesday, July 7, 2010

Jom Teka!




1. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit?

2. Mak Minah ada lima orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, dan Lekiu. Siapakah yang kelima?

3. Tukang apa yang jika kita panggil menjenguk ke atas?

4. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak dipanggil kereta?

5. Bila kita gunakannya kita buang, bila kita tidak gunakannya kita simpan. Apakah dia?

6. Banyak-banyak bunga, bunga apa berwarna hitam?

7. Sungai apakah yang paling tajam?



1Ikan kembung.2Minah.3Tukang gali kubur.4Teksi.5Jala.6Bunga tayar.7Sungai Lembing.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....